Submitted by : Joha Hassan

Duration : 1 hour

Serve : 5

Ingredients :

Bahan2nya
10 kepak ayam di potong dua.
2 ulas bawang putih
1 inch halia
10 biji gajus goreng
1 sudu teh biji & serbuk ketumbar
1 btg kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 biji bawang besar / 3 sudu besar bawang yg sudah di kisar
3 cawan air
2 helai daun pandan
2 btg serai – dititik dahulu
Serbuk Kari Daging
2 biji ubi kentang – dipotong dadu kasar
1 biji lobak merah di potong dadu kechil
1 biji limau perut – ambil jus nya.
3 sudu besar cili kisar tanpa cuka.
1 kuib Knorr Ayam
Garam & gula secukup rasa
Minyak secukupnya
Bawang goreng 2 sudu besar – untuk ditaburkan di atas kuah kari.

Method :

  • Cara2nya
    Mula2 tumbuk bawang putih,halia, biji ketumbar dan gajus, sampai lumut. Tepikan. Panaskan minyak di periuk, masukan serai, rempah yang di tumbuk,bersama kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang besar kisar dan ditumiskan, lepas itu masukan cili boh. Goreng rempahnya sementara. Bila ia mula garing masukkan serbuk kari daging dan ketumbar.Kacau sampai sebati. Masukan ayam yang sudah bersih dan di potong dua. Gaulkan rempah kuah kari supaya sebati dengan ayam. Masukan air se cawan dan gaulkan lagi. Biarkan sebentar 3min, tambahkan air dua cawan, masukan ubi kentang dan lobak merak, daun pandan dan perahan jus limau perut dengan kulit nya sekali, garam & sedikit gula. Rasa kuah kari nya. Bila mendidih masukan knorr ayam.Kacau kuah nya dan biar ia masak dalam 15min. Sentiasa merasa kuah karinya. Sajikan dengan taburan bawang goreng di atasnya.
Translate ยป